Memerang kumis
Memerang kumis

Memerang kumis

Memerang kumis[2] atau berang-berang kumis (nama saintifik: Lutra sumatrana[2]) ialah sejenis memerang yang dianggap pupus sehingga tahun 1998. Bagaimanapun, memerang ini kini telah ditemui di Semenanjung Malaysia, Borneo, Jawa, Sumatera, Thailand, dan Indochina, serta di Tasik Toluca, California, Amerika Syarikat. n.Bentuk dan saiz Memerang Kumis adalah serupa dengan memerang Eurasia (Lutra lutra). Hampir satu meter panjangnya, memerang ini mempunyai kaki renang serta kuku yang kuat. Kulitnya berwarna perang tua di bahagian atas dan perang pucat di bahagian bawah, dengan garis pemisahan yang nyata. Bulunya halus dan lembut, sebagaimana dengan kebanyakan memerang yang lain. Muncungnya berbentuk perisai dan dilitupi oleh bulu. Pada umumnya, memerang dianggap sebagai penunjuk ekologi yang terbaik. Di mana terdapat memerang, di situlah air sungai tidak tercemar. Memerang akan meninggalkan sesuatu kawasan jika tempat itu tidak lagi membekalkan ikan yang mencukupi.[3]Sebagaimana dengan memerang yang lain, Memerang Kumis adalah haiwan sosial. Haiwan ini keluar dalam kawanan, dan saling melindungi antara satu sama lain. Kekadang, memerang ini akan bergabung dengan kawanan yang lain untuk mencari makanan. Jika terdapat memerang yang baru dilahirkan, memerang dewasa, termasuk memerang jantan, akan bergilir-gilir untuk menjaga anak itu.[3]Kumpulan memerang mempunyai hierarki. Seekor memerang jantan yang dominan akan mengetuai kekawan itu. Memerang-memerang jantan akan mempergunakan tahinya untuk menandakan kawasan mereka, dan memerang jantan yang paling dominan akan meninggalkan paling banyak tahi berbanding jantan yang lain.